Sedarkah Anda Bahawa Air Masak Yang Anda Minum Mengandungi Radikal Bebas (Kuman, Bakteria & Bahan kimia) Yang Membahayakan Kesihatan?

Tahukah Anda Bahawa Buah-buahan, Sayur-sayuran, Makanan Mentah Harian Anda Disaluti Bahan Kimia Merbahaya Yang Kekal Walaupun Dicuci dan Dibilas?

Sanggupkah Anda Mengorbankan Kesihatan Diri dan Mereka Yang Tersayang?

Sebelum Itu, Jom Kita Ikuti Riwayat Bagaimana Terlahirnya RxWater

Dr. Noordin Darus merupakan seorang doktor perubatan, pakar motivasi dan perunding kesejahteraan yang cukup terkenal. Sebagai ketua perubatan di Majlis Sukan Negara beliau telah membantu atlet-atlet tanah air mencapai prestasi maksima di medan sukan. Selepas meninggalkan Majlis Sukan Negara, beliau menjadi perunding kesejahteraan melalui seminar-seminar bersama syarikat-syarikat terkemuka. Dr. Noordin Darus juga sering muncul di kaca TV, radio dan artikel surat khabar mahupun majalah berkaitan isu-isu kesihatan dan kesejahteraan.

Oleh itu, diagnosis doktor pada tahun 2001 yang mengesahkan beliau menghidap penyakit kanser darah merupakan satu kejutan. Beliau harus melalui perit rawatan kanser, menyebabkan kemusnahan sel-sel darah dan kehilangan rambut serta penurunan berat badan secara mendadak. Tatkala melalui detik-detik getir ini, Dr. Noordin Darus tidak pernah patah semangat dan menyerah kepada kata-kata doktor sahaja. Beliau tertanya-tanya bagaimana seorang doktor dan pakar kesejahteraan yang menjaga makan dan minum dan sentiasa bersenam masih boleh menghidap kanser.

Kajian beliau mendapati bahawa salah satu punca kanser datangnya daripada sumber air yang mengandungi bahan-bahan radikal seperti klorin. Dari situ beliau mula berminta mendalami Terapi Air yang ketika itu masih di peringkat permulaan.

Jelas pada beliau bahawa ketika sedang mengalami rawatan kanser, air yang berbeza memberi tindak balas berbeza terhadap tubuh badannya. Kalau minum air masak sahaja, beliau lebih mudah rasa sakit dan mual selepas rawatan kemoterapi. Tetapi kalau minum air seperti air zam-zam, reaksinya positif. Pemahaman ini membuatkan beliau semakin teruja meneroka teknologi penapisan air. Dengan penyelidikan sendiri dan modal daripada simpanan, beliau mula mengeluarkan prototaip sistem penapisan yang mengaplikasikan teknologi dan teknik yang bersesuaian dengan falsafah beliau. Cukup menarik apabila beliau mendapat reaksi positif terhadap air tersebut dan mula bersemangat untuk berkongsi kehebatan air ini kepada pesakit-pesakit yang lain. 6 bulan selepas memulakan rawatan kanser dan beberapa bulan selepas memulakan Terapi Air, Dr. Noordin Darus kembali aktif mencari peluang mengembangkan penemuan ini.

Dari situlah bermulanya produk RxWater. Rx merupakan satu simbol unik yang digunakan oleh doktor-doktor perubatan apabila menulis preskripsi. Dan penggunaan Rx dalam RxWater amatlah sesuai kerana dari permulaan, produk ini unik kerana ianya bukan sekadar penapis air biasa tetapi menjanjikan air yang bersih lagi menyihatkan. Dikenali sebagai Air Aura pertama di pasaran, keberkesanan produk RxWater membuatkan semakin ramai individu berkongsi kisah RxWater kepada rakan masing-masing.

Pada tahun 2003, Rx-Water™ mula dipasarkan secara besar-besaran melalui WorldWellness Network Sdn. Bhd., dan sehingga ke hari ini, lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman air Rx-Water. Kini, setelah 7 tahun berlalu, Dato' Dr. Noordin kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water™ untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan The All New Rx-Water™ - sistem air 2 dalam 1 yang Unik, Suci dan Berkesan.

Penggunaan RxWater juga kini terdapat di:

  1. Istana N.Selangor - 7 unit
  2. Istana N.Johor - 13 unit
  3. Istana N.Kedah - 8 unit
  4. Istana Perak - 2 unit
  5. Kediaman PM di Putrajaya - 2 unit
  6. Kediaman Men.Kesihatan - 2 unit
  7. Kediaman MB Kelantan - 1 unit

Memperkenalkan: The All New RxWater

Kini, dengan The All New Rx-Water™, anda tidak lagi perlu khuatir dan risau. The All New Rx-Water™ menggabungkan 2 teknologi terkini sistem air dalam rumah yang memberikan kelebihan 2 fungsi dalam 1 mesin mudah pasang.

The All New Rx-Water™ bukan sahaja menapis air minuman dan menghasilkan air berkhasiat, tetapi ia juga mampu mengeluarkan air padat ozon untuk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia dan bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian.

Terokailah kehebatan The All New Rx-Water™ dengan formulanya yang UNIK, menghasilkan air yang SUCI serta BERKESAN dalam membantu kesihatan dan kesejahteraan umum anda.

Ciri-ciri Utama RxWater

  • Sedikit beralkali (pH 7.6 analisis oleh Sirim) - oleh itu air yang ditapis oleh Penapis RxWater membantu menyerap asid yang terhasil selepas metabolisma badan dan seterusnya dibuang melalui perpeluhan dan perkumuhan.
  • Mengandungi antioksidan ini membantu mencegah kanser dari berlaku dan membantu untuk awet muda.
  • Sifat alkali dari air yang ditapis dengan penapis RxWater - mampu mengubah radikal bebas kepada oksigen untuk kegunaan badan. Air yang ditapis dengan penapis RxWater mengandungi oksigen yang tinggi.
  • Penggunaan sinaran infra merah semulajadi - membantu memecahkan molekul air dan menjadikan molekul air yang lebih halus seperti penghasilan pai water yang mudah diserap oleh badan.
  • Merangsang metabolisma tubuh melalui penghasilan Aura sewaktu proses penapisan.
  • Mengandungi Vitamin B2, B3, C, D, dan K. Kandungan mineral utama (sehingga 30 mineral) yang terdapat didalam air dikekalkan pada kadar yang optimum bagi mengelakkan risiko kekurangan atau berlebihan nutrient. Air yang ditapis dengan penapis RxWater juga disahkan megandungi protein untuk tenaga tambahan.
  • TIADA KESAN SAMPINGAN penggunaan penapis Rx-Water membantu anda memperolehi kesihatan yang lebih baik.
  • Pusingan air lawan jam berkonsepkan tawaf mengelilingi Kaabah.
  • Direka dan dikaji sendiri oleh Doktor perubatan yang pernah menghidap penyakit Kanser iaitu Dr Noordin Darus.
  • Kawalan mutu bertaraf antarabangsa walaupun penapis RxWater ini adalah buatan tempatan.
  • Penapis RxWater ini juga disokong oleh Program Well for Life dan Falsafah Kesejahteraan Sepanjang Hayat.
  • Mudah dipasang dan dikendalikan serta menjimatkan ruangkerana saiz penapis RxWater yang kecil.
  • Dijamin halal - kerana ia adalah produk buatan syarikat Bumiputera Malaysia. Kandungan bahan penapis didalam setiap katrij menggunakan bahan yang bersih dan halal sahaja.

Keunikan RxWater

UNIK #1 - Mengandungi Agen Bio-Aktif Bamboo-Qun.

Agen Bio-Aktif Bamboo-Qun yang pertama seumpamanya di dunia dan dipatenkan oleh Worldwellness Network. Ia diadaptasikan dari teknologi zaman Dinasti Ming pada tahun 1486 yang menyimpan air yang diambil dari perigi Diraja dan disimpan di dalam buluh khas. Zat bio-aktif buluh adalah 10 kali ganda lebih kuat dari arang kayu atau arang tempurung. Air yang tersimpan ini menjadi begitu bersih & selamat kerana agen bio-aktif Bamboo-Qun ini 'hidup dengan memakan bakteria'. Di samping ianya memberi rasa sedap dan Tenaga FIR semulajadi kepada Air

UNIK #2 - Mengandungi Biominex Beads.

Biominex Beads pula mengion & mengalkali air dan menghasilkan pH air dari 8 ke 8.5 di samping Activated Carbon yang menyerap bau-bauan, warna & bahan toksik seperti klorin.

UNIK #3 - Teknologi Crystal Ball.

Teknologi Crystal Ball mewujudkan Pemindahan Tenaga & pengaktifan penyembuhan semulajadi. Rx-Ozone: The All New Rx-Water bukan sahaja menapis air minuman dan menghasilkan air berkhasiat, tetapi ia juga mampu mengeluarkan air padat Ozon untk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia & bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian. One Touch Technology pada Plat elektronik menggunakan kuasa rendah untuk menghasilkan Ozon pada konsentrasi 0.125-0.255 ppm untuk digabungkan bersama RxWater. Ia merupakan Food Detoxifier & Sterilizer yang hebat. Antara fungsi-fungsi Rx-Ozone ini ialah:

UNIK #4 - Rx-Ozone

The All New Rx-Water bukan sahaja menapis air minuman dan menghasilkan air berkhasiat, tetapi ia juga mampu mengeluarkan air padat Ozon untk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia & bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian. One Touch Technology pada Plat elektronik menggunakan kuasa rendah untuk menghasilkan Ozon pada konsentrasi 0.125-0.255 ppm untuk digabungkan bersama RxWater. Ia merupakan Food Detoxifier & Sterilizer yang hebat . Antara fungsi-fungsi Rx-Ozone ini ialah:

Keistimewaan Kombinasi 2+1

Fungsi Katrij


Jangkamasa Tukar Katrij



Berhati-hati Bahan Seramik Tulang dalam Penapis Air

Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air.

Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya. Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan Tulang Haiwan yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air.

Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir. Ramai juru jual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini. Dr. Noordin menyedari dan menginsafi perkara ini dan memberikan alternatif kepada para pengguna Islam untuk memilih sistem beliau, Rx-Water yang beliau reka sendiri dengan menggunakan bahan Seramik yang diperbuat dari Batu bermutu tinggi. Ia lebih Selamat & Suci.

Bagaimana nak mengenal bahan seramik dari tulang?


Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut.

Buka alat kartrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda, bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.

Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan, Jepun & Korea. Malah produk penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.

Sistem rawatan Air berAura Rx-Water adalah satu-satunya sistem dalam sejarah yang dihasilkan oleh seorang doktor pakar Muslim yang mana beliau sendiri mengharungi penyakit Kanser yang serius dan diberi ilham oleh Ilahi dengan penemuan unsur Tanah liat & Air suci & mempunyai unsur tenaga (semasa bertarung dengan kanser dulu) dan menghasilkan sistem ini untuk dirinya sendiri pada mulanya (sehingga beliau sembuh dengan izin Allah) dan kemudian dimanfaatkan oleh orang lain.

Sistem rawatan Air berAura Rx-Water adalah satu-satunya sistem dalam sejarah yang dihasilkan oleh seorang doktor pakar Muslim yang mana beliau sendiri mengharungi penyakit Kanser yang serius dan diberi ilham oleh Ilahi dengan penemuan unsur Tanah liat & Air suci & mempunyai unsur tenaga (semasa bertarung dengan Kanser dulu) dan menghasilkan sistem ini untuk dirinya sendiri pada mulanya (sehingga beliau sembuh dengan izin Allah) dan kemudian dimanfaatkan oleh orang lain.

Kebenaran ini juga telah diperakui dimana RxWater ini mempunyai sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM.




Mari kita Terokai Ilmu Air

Tahukah anda bahawa Air yang terbaik di dunia ialah Air Zam-Zam. Manakala air yang terbersih di dunia ialah air Reverse Osmosis (R.O). Apakah maksudnya?

Air sebenarnya mempunyai Roh & Perasaan. Wajah air yang hidup bertukar-tukar mengikut pendedahan pada persekitarannya. Air hujan, air matair, air perigi, air sungai adalah air hidup walaupun pada hakikatnya ia mungkin nampak tidak berapa bersih. Akan tetapi, ada 6 tempat di dunia ini yang Allah S.W.T kurniakan pada air hidup ini yang mempunyai kesan penawar yang menakjubkan.


Antaranya ialah telaga Zam-Zam, Air Terjun Okinawa (Jepun), Air mata air di Hunza (Pakistan), di Equador dll. Air yang Hidup mempunyai sifat boleh Mengingat atau Merakam, Menyimpan & Memindahkan dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum.

Bagi umat Islam, istilah bersih adalah yang kedua atau ketiga penting. Yang paling penting ialah ianya perlu SUCI dan diberkati.

Sifat Air Hidup ini telah ditemukan secara saintifik oleh seorang Saintis terkemuka dunia dalam ilmu air iaitu Dr. Masaru Emoto. Dr. Masaru mengkaji reaksi wajah air atau molekul kristal air yang berubah-ubah setelah didedahkan pada muzik rock, lagu-lagu lembut, kata-kata yang buruk, ucapan Terima Kasih, bacaan Al-Quran dan malah gambar Kaabah yang ditampalkan/dipaparkan pada bekas balang berisi air tersebut.



Wajah air yang diucapkan dengan perkataan yang baik atau penghormatan, menunjukkan wajah kristal yang cantik manakala wajah kristal dari air yang sama akan menjadi hodoh & terpencar jika ditunjukkan perkataan, paparan atau bunyi yang buruk.

Dr. Emoto sangat kagum dengan masyarakat Islam yang begitu menghargai & menggunakan air dalam pelbagai aspek selain sebagai agen penyucian/Taharah, berwudu', perawatan/terapi dan malah orang-orang Islam yang meninggal dunia pun sebelum dikebumikan akan dimandikan dahulu.

Beliau juga sangat kagum dengan kristal air Zam-Zam yang dianggapnya paling unik di antara mana-mana sampel kristal air yang pernah dikajinya.

Pada masa ini saya akui, memang sukar untuk mendapatkan bekalan air hidup berpenawar sepanjang masa. Jika kita hendak gunakan untuk Terapi, sekurang-kurangnya kita memerlukan 2.5L air itu setiap hari dan diminum berserta doa. Walaupun tidak ada data yang disimpan, tetapi sudah banyak kes kanser & penyakit-penyakit lain yang sudah sembuh dengan menggunakan air Zam-Zam secara berterusan sebagai Terapi. Semuanya ini dengan izin & kehendak Ilahi.

Walaupun tidak mudah untuk mendapat bekalan air Zam Zam dalam jumlah yang banyak setiap hari untuk tujuan Terapi, akan tetapi kita bertuah kerana Dr. Noordin Darus telah menemukan sejenis bahan tanah liat yang diperolehi dari ilham yang dikurniakan Allah semasa bertarung dengan Kanser Darah pada tahun 2001 dulu.

Beliau sama sekali tidak menyangka bahawa air bersih yang melalui tanah liat tersebut mempunyai unsur Medan Tenaga yang seakan-akan air Zam-Zam & air berpenawar lain yang boleh membangkitkan (rejuvenate) sistem penyembuhan semulajadi Tubuh. Sifat unik ini tidak terdapat dalam mana-mana air pun dari mana-mana sistem penapis yang ada di dalam pasaran.

Air yang keluar dari bahan unik ini juga adalah air hidup yang dibersihkan dengan memori baru (kerana sepanjang perjalanan air itu ke rumah kita, ia telah terdedah dengan banyak perkara yang negatif). Dengan izin Allah, beliau akhirnya sembuh dari Kanser dan telah membantu ramai lagi yang menderita dengan pelbagai jenis penyakit.



Hasil rekaan Dr. Nordin walaupun nampaknya seperti alat penapis air biasa tetapi sebaliknya adalah satu sistem perawatan air yang mempunyai kesan Terapi yang menakjubkan hasil dari bahan Tanah Liat & Aura Converter tersebut yang terkandung pada Kartrij keempat. Kesannya Rx-Water bukan hanya penapis air biasa tetapi adalah Aura Converter™ atau Sistem Terapi Penyembuh Aura.


Perbandingan Jenis-Jenis Air

Air didih
  • Ia tidak menyingkirkan bahan-bahan cemar organik & logam berat secara keseluruhan.
  • Ia menghasilkan bi-produk dari Klorin iaitu Trihalomethanes (TTHM) yang boleh menyebabkan Kanser serta rasa & bau Klorin masih kekal.
  • Gumpalan molekul2 air juga adalah besar & tidak mudah diserap. Air didih juga adalah air yang telah mati dan sudah tiada roh dan tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup.
Air suling
(distilled water)
  • Ia paling murni tetapi sudah tidak lagi mengandungi bahan2 mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Digunakan untuk bateri kereta & untuk rawatan tertentu tetapi tak sesuai untuk diminum sehari-hari kerana ia boleh melarut-resap mineral-mineral alkali yang berguna dari dalam tubuh kita.
  • Ia mempunyai rasa hambar & gumpalan molekul air agak besar untuk diserap dan tidak sesuai diminum untuk jangka panjang.
  • Air suling adalah juga air mati yang sudah tiada roh lagi serta tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup.
Air mineral
yang diproses
  • Kualiti yang tidak konsisten dan bergantung pada sumber bahan mineral tersebut.
  • Jika sumbernya tercemar, maka airnya juga akan tercemar.
  • Gumpalan molekul2 air juga adalah besar & tidak mudah diserap.
Reverse Osmosis
  • Disaring melalui membrane yang telap & biproduk air disalir keluar semula.
  • Teknik ini sangat efektif dalam mengasingkan bahan cemar & bendasing dalam air tersebut. Ianya terlalu kosong hinggakan mineral2 baik dalam air pun dikeluarkan.
  • Air R.O sangat sesuai untuk rawatan pesakit2 buah pinggang dan untuk rawatan2 tertentu termasuk yang terkena racun. Akan tetapi kesesuaiannya masih dipertikai untuk kegunaan sehari-hari oleh orang2 biasa, orang2 tua & kanak2 kerana selain ianya boleh menyerap toksin di dalam badan, ia juga boleh menyerap zat-zat & mineral berguna dari badan kita menyebabkan malnutrisi dan dalam jangka panjang, ia boleh mendatangkan mudarat terutama pada ginjal kita.
  • Air R.O yang keluar dari alat penapisnya tidak boleh disimpan dalam botol plastik dan dibiarkan untuk jangkamasa yang lama kerana ia akan menyerap karbon dioksida dari bahan petroleum botol itu & merbahaya untuk diminum. Ia hanya sesuai disimpan dalam botol kaca.
  • Air R.O juga termasuk dalam golongan Air Mati yang sudah tiada Roh lagi serta tidak mempunyai sifat terapi menyembuh yang ada pada air yang hidup.
  • Air R.O banyak terdapat dalam jenama2 alat penapis air di pasaran.
Air Ionise electrolisis & Air Alkaline
  • Menggunakan teknik elektrolisis untuk mengasingkan air asidik & air alkali. Walaupun air alkali boleh mengimbangkan tahap asid di dalam badan kita, tetapi kealkaliannya ianya perlulah menyamai cecair tubuh kita.
  • Air yang terlalu beralkali juga tidak sesuai untuk bayi, vegetarian & kanak-kanak yang sedang membesar serta tak sesuai untuk kulit.
  • Penapis air beralkali buatan manusia tidak boleh disamakan dengan air alkali asli dari punca air Hidup seperti air Zam-Zam di Tanah Suci kerana ia unik & tersendiri serta selamat diminum walaupun tahap pHnya ialah 8.5.
  • Air alkali buatan manusia menggunakan bahan kristal proses yang ditambah pada air tersebut.‚ Ia juga menyebabkan zat-zat dari makanan yang dimasak dengan air ini tidak seimbang.
  • Ia juga kurang efisien kerana pembaziran air hampir 50% kerana pengasingan Asid & Alkali. Sebahagiannya memerlukan 24 jam penggunaan elektrik. Ia boleh memecahkan molekul-molekul air ke gumpalan-gumpalan kecil tetapi tidak boleh bertahan lama.
Alat-alat penapis air yang menggunakan teknologi sinar UV
  • Air paip kita adalah air hidup yang ada roh, (cuma terdapat kotoran & bahan cemar).
  • Teknologi UV yang bertujuan untuk membunuh kuman & mikroorganisma akan menyebabkan roh air akan mati dan hilang unsur Terapi pada air tersebut walaupun ianya selamat diminum.

Rxwater Terapi BerAura

Ternyata air Rx-Water mempunyai elemen PENYEMBUHAN & AURA POSITIF dalam kelasnya yang tersendiri.. SUBHANALLAH!

Aura nya hampir menyamai energi air ZAM ZAM, inilah BUKTI kasih sayang ALLAH sebenarnya. Sungguhpun kita jauh beribu batu dari Tanah Suci namun penawar itu dikirimkan untuk kita NIKMATI!

Satu ujian mengukur aura bagi pelbagai jenis air telah diadakan dalam satu sesi ringkas yang diadakan baru-baru ini. Tidak ada ungkapan yang mampu menggambarkan kehebatannya melainkan anda saksikannya sendiri!

Masukkan NAMA & EMAIL anda sekarang, untuk terima info & diskaun Rxwater [cepat! tawaran diskaun TERHAD!]


Terapi MiFiRo: Amalan Kesihatan dan Rawatan Penyakit Kronik


cara minum rxwater

Dato' Dr Noordin Darus berjaya sembuh dengan kaedah Terapi MiFiRo, Hasil daripada perkongsian terapi ini ramai pesakit yang menghadapi penyakit kronik seperti kanser yang telah berjaya sembuh. Hubungi kami untuk pertanyaan serta perkongsian lanjut Terapi MiFiRo.


Saya mula menggunakan air Rx-Ozone untuk membersih ikan di mana bau hanyir hilang begitu sahaja sementara ikan tersebut tahan lebih lama dan lebih segar. Sejak dari itu, saya menggunakan pemproses air Rx-Ozone untuk sayur-sayuran, buah- buahan, makanan mentah malah untuk menghilangkan "bau pasar" dari kereta.
- Pn. Mahnun Ali, 61
6 tahun menderita penyakit kulit (ekzema) dan bermacam-macam rawatan dijalankan namun tiada tanda akan sembuh. Paling menyedihkan ketika beliau hendak membuka pakaian di mana kulit-kulit pada tubuhnya akan tersiat sekali kerana nanah dan darah kering melekat pada bajunya. Tetapi, setelah bertemu dan mengamalkan Rx-Water™, penyakit adik Nor Hafiza semakin sembuh dimana lukanya semakin kering dan pulih. Sekarang, beliau sudah boleh bersama rakan-rakan ke sekolah.
- Nor Hafiza Alias, 12
Para doktor mengesahkan bahawa saya menghidap penyakit radang "Steven Johnson". Bukan setakat luaran sahaja, malah hati dan otak saya turut dijangkiti. Doktor menganggarkan bahawa saya akan ditahan di wad untuk jangka masa yang lama, namun hanya selepas 3 hari, saya dibenarkan pulang. Rahsianya? Saya membawa Rxwater daripada rumah untuk mandi, minum, lap badan dan bagi kegunaan di hospital.
- Pn Kasumabahri Masjuriah, 56
Saya disahkan menghidap leukemia pada 2008 dan mula menjalani rawatan kemoterapi. Seperti yang sedia maklum, rawatan kemoterapi membunuh bukan sahaja sel kanser tetapi juga sel-sel lain. Saya diperkenalkan dengan Rx-Water™ sewaktu menjalani rawatan, dan saya dapati penggunaannya banyak membantu mengurangkan kesan sampingan proses rawatan. Kini, saya disahkan pulih dan mula berkerja seperti biasa.
- Badrul Hisyam Mohd Akhiar, 24
Pada 2009, saya mengalami kemalangan di mana tar panas dari lori tersimbah ke kaki saya. Ini mengakibatkan pendidihan dan kelecuran di bahagian kulit sehingga ke isi. Doktor hampir-hampir memotong kaki saya dan ketika itu, peluang saya untuk mendapat menggunakan sepenuhnya fungsi kaki saya amatlah tipis. Tetapi selepas menggunakan Rx-Water™ selama beberapa minggu, doktor sendiri terkejut melihat kepantasan proses penyembuhan kaki saya. Hari ini, saya sudah boleh berjalan dan berkerja seperti biasa. Terima kasih Rx-Water™
- Mohd Nawai Razali, 37

 

 

 

Skim Bayaran RxWater- SEWA BELI & EZY PAYMENT


 

Buku Terapi Mifiro dan RxBrush Percuma Dengan Setiap Pembelian RxWater!

 

 

 

Yang benar,
Faisal & Aniz
No tel - 019-260 3033/ 012-391 5362
Emel - nurqudrah786@gmail.com

Disclaimer


Copyright 2013. Projek Khas Usahawan KS WWN